Powered By Blogger

Sunday, May 22, 2011

MALAYSIANA series 2011

saya sebagaimana manusia biasa kadangkala terasa bosan juga dengan menghasilkan karya-karya abstrak. Kadangkala rasa teringin untuk menghasilkan beberapa karya yang diilhamkan oleh aktiviti masyarakat di sekeliling saya.

Suatu ketika dahulu saya merasakan yang karya sedemikian memang agak sukar untuk dimiliki oleh seseorang dan apa yang saya lakukan adalah hiburan untuk diri saya . Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Karya sedemikian telah mencuit hati beberapa pengumpul karya tersohor negara dan kadangkala saya diperli oleh masyarakat dengan katanya bagaikan melukis dengan kaki!!.Saya peduli apa......

Semalam, seorang wargaasing dari syarikat yang menjadi kemarahan warga seni Kuantan, Lynas Australia, telah membeli karya saya yang sedemikian. Karya...Dangdut Wong Ah Jang....Ianya mengisahkan kehidupan para penari dan tauke dangdut terbesar di kota Kuantan itu!....kata saya. Dan syarikat tersebut akan memiliki lagi beberapa karya saya pada setiap tahun mereka beroperasi di Kuantan...katanya...mereka suka alam!....Terimakasih Lynas!

Kini beberapa lagi karya telah saya hasilkan yang semestinya mencuit hati saya...


Cikgu Saya, mix ,acrylic, charcoal on paper, 2011

Pelajaran Ilmu Hisab pada ketika itu dan kerana bunyinya yang seakan songsang, maka Kementerian Pelajaran terus menukarkannya kepada matematik pada hari ini yang semestinya menjadi mata pelajaran idaman saya dan beberapa rakan lain. Ia diajar oleh seorang cikgu yang berbangsa Benggali dan saya amat menghormati ketokohannya sebagai guru Malaysia ala Inggeris....Mengikuti kelasnya....seolah kita berada di Taman Astakona.... Oleh yang demikian ada kalanya saya dan beberapa rakan lain akan terlelap seketika setelah penat berfikir....dan sesekali terdengar tempikan...DEIIII...LEMBU KENYANG!!



Berkorban Apa Saja, mix ,acrylic, charcoal on paper, 2011

Sebagai anak kepada bekas seorang tentera, memang Darah Satria tetap mengalir dalam tubuh saya sehingga hari ini. Dan kehidupan kami banyak di kem tentera di merata tempat di seluruh Malaysia hinggakan ke Sarawak. Oleh yang demikian saya tahu serba sedikit undang dan tatasusila yang perlu di patuhi oleh warga kelurga tentera. Antaranya anda wajib berdiri tegak apabila 'Brigle" (seperti trumpet) yang ditiup setiap jam 6 petang. Tiupan ini bagi menghormati mereka yang telah terkorban demi negara.

Dan kadangkala tiupan ini adalah seperti tiupan paling dibenci....kerana anda ketika itu terpaksa berhenti dan berdiri tegak dari sepatutnya menyepak bola terus ke ruang gol! dalam suatu perlawanan bola sepak. Sekiranya anda berbuat 'tidak tahu' sahaja, maka seluruh keluar
ga anda akan dikeji kerana tidak menghormati Negara!...

Hamidah, the Nurse, mix ,acrylic, charcoal on paper, 2011
Karya ini tidak boleh diceritakan kerana....saya telah diberi amaran oleh suami serta ahli keluarganya.....anda lihat, hayati serta berimaginasilah...

TELAH LAMA
Saya telah lama menghasilkan karya sedemikian semenjak tahun 2000 lagi. Kebanyakannya berkisar tentang protes serta sinis dalam kehidupan masyarakat. Karya yang terawal dihasilkan oleh saya adalah Hai Dato' pada tahun 2003 hasil dari rasa terhadap Boss saya pada ketika itu yang seolah menyorokkan sesuatu dari saya serta terpinga-pingga bila melihat kelibat saya.....


Hai Dato', mix on paper, 2003, Private Collection, KL.

Seterusnya teh tarik menceritakan mengenai kehidupan kelam kabut mamak yang semakin banyak duit hasil dari kerjayanya sebagai penarik teh!. Saya juga suka dan banyak menghabiskan masa dengan berpeleseran dengan rakan dari satu kedai ke kedai mamak tertentu di sekitaran Kuantan. jikalau tidak menikmatinya....seolah anda tertinggal sesuatu kewajipan yang perlu dilakukan pada setiap hari...tatkala saya memikirkan...mungkin telah terkena mandremmm...Sambil menikmati teh tarik...kadangkala saya selalu bertanyakan khabar bisnes mereka dan bila pulang ke India??...Saya juga memuji akan pengorbanan yang telah mereka lakukan dengan meninggalkan keluarga di India. Sebab itu kadangkala semangat yang baik dari kehidupan mereka boleh juga kita dicontohi seperti...Agi Idup, Agi Ngelaban!


Teh Tarik Lentoq', mix on paper, 2006, Private Collection, KL.
You Should Try, mix on paper, 2006, Private Collection, KL.

Dan seperti yang anda tahu suatu ketika lalu...Kuantan pernah dinobatkan sebagai Phuket Pantai Timur....Salah satu yang menyumbang atas kejayaan bersama ini adalah pari-pari malam atau bahasa rodongnya....para pondan yang semakin membiak!...berhati-hatilah memilih teman hidup sekiranya ia wanita yang berasal dari Kuantan...kerana pondan-pondan disini adalah sebagaimana wanita sebenar...cuma....anda perlu lihat sendiri!!...

Kehidupan pondan yang terlalu banyak di Kuantan telah menjadi salah satu subjek saya kerana ia langsung tidak dikesahkan oleh mereka dan pihak berkuasa. katanya....menyusohkan sajee...aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi dan kini ianya merupakan satu lagi aktiviti tarikan pelancongan malam yang begitu menarik di sekitaran Kuantan tanpa sebarang sekatan.