Powered By Blogger

Tuesday, June 28, 2011

my friends series-seloka rakan-rakan



My Friens series, ismadi, oil on canvas

Untuk tatapan peminat senilukis.....karya ini akan dipamerkan di galeri PACE, 29 Jun 2011, jam 8 malam.alamat:64, jln Kemajuan, seksyen 12, Petaling Jaya.

Dalam karya yang sedemikian, ismadi cuba untuk memaparkan tentang watak rakan-rakan sekerja yang mencuit hatinya, ia divisualkan dengan gaya spontan. Kadangkala karya yang dihasilkan sedemikian dihasil terlebih dahulu dengan siri-siri lakaran sebelum diadaptasikan diatas kanvas. Garisan dan palitan catan minyak secara bersahaja dan cukup kasar cukup bagi memaparkan watak individu tersebut selain dari gaya emosi yang cukup menyentuh perasaan ismadi.

Dalam catan ini menggayakan tiga watak individu rakan-rakan beliau, Ah Wong dengan selokanya-Apalagi Mau Bikin setiap kali bertemu. Yang ditengah adalah Dr. Rampal seorang pengumpul karya yang selalu menyatakan akan saranan 'hidup kena HAPPY selalu' secara rilexjer.. dan dikanan sekali adalah Prof Majid yang agak terkilan untuk mengenali diri ismadi secara lebih dekat kerana kini beliau telah berhijrah dek tarikan lambaian neon kota. Mereka ini cukup memberi kesan kenangan manis dalam kehidupan beliau semasa di kuantan selain dari rakan-rakannya yang lain. Oleh Yang demikian...mereka ini turut diabadikan oleh beliau dalam karya-karyanya yang terkini.

Sama-samalah kita menyaksikan karya ini...moh la kita kesana.....

u cakap baik-baik aaaa....

No comments:

Post a Comment